Sunway Construction menang kontrak bina pusat data di Serendah
KUALA LUMPUR: Sunway Construction Group Bhd memperoleh kontrak pembinaan pusat data bernilai RM1.75 bilion.
Syarikat itu, melalui anak syarikat milik penuhnya, Sunway Construction Sdn Bhd, hari ini memeterai perjanjian pembinaan dengan sebuah hyperscaler antarabangsa pada bagi pembangunan sebuah pusat data berskala besar di Serendah, Selangor.
Identiti pelanggan berkenaan tidak didedahkan dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Skop kerja merangkumi pembinaan struktur asas dan bangunan, infrastruktur kampus, serta kerja pemasangan mekanikal, elektrikal dan paip (MEP).




